Friday, August 1, 2008

Pengenalan






Assalamualaikum,

Saya adalah peminat coklat cake semenjak kecil lagi dan telah mempelajari membuatnya dan telah membuka sebuah kedai kek yang terletak di Daerah Hulu Selangor pada mulanya. Oleh kerana minat yang mendalam di dalam bidang ini saya terus belajar dan belajar akhirnya saya telah berjaya di dalam bidang ini. Saya telah memindahkan operasi perniagaan ke Kuala Lumpur dimana pasarannya adalah lebih besar dan merupakan satu proses untuk menjana perniagaan saya agar berkembang bukan saja di Hulu Selangor malah disekitar Kuala Lumpur.

Berbekalkan ilmu yang ada dan sokongan daripada suami dan anak saya kuatkan semangat menyiapkannya walaupun banyak dugaan,halangan dan cabarannya.Pada mulanya orang memang tidak sangka yang saya boleh membuatnya dan memberi cemohan tetapi saya teruskan semanggat pedulikan apa yang orang kata terhadap hasil kerja saya .


Adik beradik saya selalu memberi semangat dan memperkenalkan Produk saya di tempat kerja mereka dan kawan - kawan yang mengenali saya. Malah produk saya telah diperkenal dari mulut ke mulut.Buat masa ini saya sering menerima panggilan telefon daripada orang perseorangan yang tidak di kenali untuk menempah kek perkhawinan dan hari jadi . Terima Kasih atas kepercayaan anda pada produk kami.

Syarikat ini bukan saja membuat kek tetapi menerima tempahan catering ,Pastri, Roti dan hantaran orang kawin. Di musim- musim cuti sekolah saya agak sibuk dengan tempahan yang di terima. Alhamdulillah rezeki yang Allah berikan .
Produk saya telah sampai hampir ke seluruh negeri .Alhamdullilah Terima kasih pada semua yang banyak mendorong saya kearah kejayaan dan kata- kata semangat yang tidak henti- henti di lontarkan pada saya selama ini.



Alhamdulillah berkat usaha saya tanpa erti jemu di balas dengan ribuan kegembiraan dan kebahagian yang di miliki kini.






1 comment:

Marina said...
This comment has been removed by the author.