Thursday, April 16, 2009

COKLAT

COKLAT begitu unit bagi saya apabila di makan.Cuba anda makan sedikit coklat . Bagaimana rasanya? Rasanya manis dan lemak berkrim, kan ? Coklat juga boleh merangsangkan mood seseorang . Aroma, rasa dan kelazatan coklat sukar untuk di gambarkan. Ramai di antara kita terpengaruh dengan kepercayaan karut , maka perasaan bersalah sering menghantui diri setiap kali menikmatinya.

Coklat dianggap penyebab jerawat , menggemukkan, karies gigi, mengundang penyakit jantung dan sebagainya. Sebenarnya maklumat mengenai kesan negatif coklat ini tidak tepat.Tiada makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan selagi pengambilannya tidak berlebihan dan seimbang.

Oleh kerana coklat bagus untuk kesihatan,dan ia kaya dengan karbohidrat,lemak , protein, meneral dan vitamin. Saya cuba mempelbagaikan rasa dan bentuk coklat,untuk di nikmati oleh semua peminat coklat. Di sediakan dalam bentuk yang istimewa untuk di jadikan hadiah dan sebagainya.Selamat mencuba dan menikmati coklat kerana ia antara nikmat sebenar kehidupan.


Selain dari Kek, Coklat adalah produk keluaran terbaru " Marina Homemade Bakery".

SELAMAT MENCUBA ,SEKALI RASA PASTI NAK LAGI.

No comments: